Casio YA-F10, YA-F20 Manuel d'utilisateur

Naviguer en ligne ou télécharger Manuel d'utilisateur pour Non Casio YA-F10, YA-F20. Casio YA-F10, YA-F20 Panduan Pengguna Manuel d'utilisatio

  • Télécharger
  • Ajouter à mon manuel
  • Imprimer
  • Page
    / 1
  • Table des matières
  • MARQUE LIVRES
  • Noté. / 5. Basé sur avis des utilisateurs
Vue de la page 0
YA-F10/YA-F20
Panduan Pengguna
z Pastikan anda menyimpan semua dokumentasi
pengguna dengan selamat untuk rujukan pada masa
hadapan.
z Bagi mendapatkan versi terkini manual ini, kunjungi
laman web di URL di bawah.
http://world.casio.com/manual/projector/
Pengenalan
Produk ini direka khusus untuk digunakan dengan
projektor CASIO (Siri XJ-A atau Siri XJ-M).
Memasangnya pada bolong masuk projektor akan
mengurangkan jumlah habuk yang memasuki
projektor.
Langkah-Langkah Keselamatan
Terima kasih kerana memilih produk CASIO ini.
Pastikan anda membaca Langkah-Langkah
Keselamatan ini sebelum menggunakannya.
Keterangan tentang simbol keselamatan
Pelbagai simbol digunakan di dalam Panduan
Pengguna ini dan pada produk itu sendiri untuk
memastikan penggunaan selamat, dan untuk
melindungi anda dan orang lain daripada risiko
kecederaan dan kerosakan bahan.
Penyahpasangan dan pengubahsuaian
Menghapuskannya dengan membakar
Langkah Berjaga-Jaga Pengendalian
• Sebelum memasang penapis ini, pastikan projektor
dimatikan.
• Apabila memasang atau menanggalkan penapis
habuk, pastikan ia diorientasikan dengan betul dan
jangan gunakan tenaga berlebihan.
• Selepas memasang penapis, bersihkannya secara
berkala.
Memasang penapis YA-F10 kepada
projektor Siri XJ-A
1. Tanggalkan kabel kuasa dari projektor.
2. Tarik kaki kiri belakang projektor sejauh yang boleh.
3. Masukkan penapis terus ke bahagian sisi projektor.
4. Luncurkan suis kunci ke arah anak panah bagi
mengunci penapis di tempatnya.
5. Kembalikan kaki belakang projektor ke kedudukan
asal.
Memasang penapis YA-F20 kepada
projektor Siri XJ-M
1. Tanggalkan kabel kuasa dari projektor.
2. Masukkan penapis terus ke bahagian sisi projektor.
3. Jika projektor dilekapkan ke siling, lalukan kord
kuasa melalui tali keselamatan apabila anda
menyambungkannya semula.
Menanggalkan penapis dari projektor
1. Tanggalkan kabel kuasa dari projektor.
2. Lakukan langkah-langkah pemasangan (di atas)
secara terbalik.
z Tarik penapis keluar terus dari projektor.
Membersihkan Penapis
z Penggunaan projektor yang berterusan setelah
habuk terkumpul di sekitar bolong masuk atau
dalam penapis boleh menyebabkan kepanasan
berlebihan pada komponen dalaman projektor,
yang boleh mengakibatkan kehilangan
kecerahan tayangan dan malfungsi. Gunakan
pembersih vakum untuk membersihkan habuk
dengan berhati-hati dari bolong masuk projektor
dan penapis.
z Vakum penapis dari bahagian luar. Kuasa vakum
yang kuat di bahagian dalam penapis boleh
menyebabkan komponen tertanggal.
z Jika pembersihan tidak boleh mengeluarkan
semua kotoran dan habuk dari penapis,
gantikannya dengan YA-F10 atau YA-F20 yang
baharu.
z Jangan basuh penapis di dalam air. Berbuat
demikian boleh mengakibatkan penapis tidak
berfungsi dengan berkesan.
Gunakan pembersih vakum untuk membersihkan
habuk dari penapis dengan berhati-hati.
z Untuk maklumat tentang cara membersihkan
projektor, lihat panduan penggunanya.
Bahasa Melayu
z Kandungan Panduan Pengguna ini tertakluk
kepada perubahan tanpa notis.
z Menyalin manual ini, sama ada sebahagiannya
atau keseluruhannya, adalah dilarang. Anda
dibenarkan menggunakan manual ini untuk
kegunaan peribadi anda sendiri. Sebarang
penggunaan lain tanpa kebenaran CASIO
COMPUTER CO., LTD adalah dilarang.
z CASIO COMPUTER CO., LTD. tidak akan
bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian
atau tuntutan daripada pihak ketiga yang berpunca
daripada penggunaan produk ini atau manual ini.
z CASIO COMPUTER CO., LTD. tidak akan
bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan
atau kerugian yang berpunca daripada malfungsi
atau penyelenggaraan produk ini, atau sebarang
sebab lain.
*
Amaran
Simbol ini menunjukkan maklumat yang, jika
diabaikan atau digunakan dengan cara yang salah,
berkemungkinan boleh menimbulkan risiko kematian
atau kecederaan diri yang serius.
!
Bulatan dengan satu garisan merentasinya
menunjukkan maklumat tentang sesuatu tindakan
yang anda tidak harus lakukan. Tindakan spesifik ini
ditunjukkan oleh rajah di dalam bulatan itu. Contoh
yang ditunjukkan di sini bermakna nyahpemasangan
adalah dilarang.
Amaran
Jangan sekali-kali cuba merungkas atau ubah
suai projektor dengan apa jua cara. Berbuat
demikian mengakibatkan risiko kecederaan diri
dan kerosakan pada produk.
Jangan sekali-kali cuba menghapuskan
projektor dengan membakarnya. Berbuat
demikian mengakibatkan risiko kebakaran dan
kecederaan diri.
*
-
-
YA-F10 (Siri XJ-A)
YA-F20 (Siri XJ-M)
MS
MA1409-A
Vue de la page 0
1

Résumé du contenu

Page 1 - Panduan Pengguna

YA-F10/YA-F20Panduan Penggunaz Pastikan anda menyimpan semua dokumentasi pengguna dengan selamat untuk rujukan pada masa hadapan.z Bagi mendapatkan ve

Commentaires sur ces manuels

Pas de commentaire