Casio EX-FR100 Manuel d'utilisateur Page 126

  • Télécharger
  • Ajouter à mon manuel
  • Imprimer
  • Page
    / 163
  • Table des matières
  • MARQUE LIVRES
  • Noté. / 5. Basé sur avis des utilisateurs
Vue de la page 125
126
Lampiran
. Pembersihan selepas Penggunaan
Lakukan langkah-langkah berikut untuk membersihkan kamera selepas
menggunakannya di bawah air atau selepas ia menjadi kotor dengan pasir, kotoran,
atau selut. Ambil perhatian bahawa penutup [CARD] dan penutup [USB] perlu ditutup
dengan kemas apabila melakukan langkah-langkah ini.
1. Rendam kamera dalam air tawar.
Isikan baldi atau bekas lain dengan air paip atau air tawar
lain, dan rendam kamera selama lebih kurang 10 minit. Lap
habuk, kotoran, pasir, dan bahan lain daripada kamera
dengan lembut dengan jari anda.
Jangan gosok permukaan lensa atau skrin monitor apabila
kotor.
2. Mengelap semua kelembapan.
Gunakan kain lembut yang bersih dan kering untuk mengelap kering kamera.
Kelembapan mungkin kekal di atas penutup [CARD] dan penutup [USB],
walaupun selepas anda selesai mengelap kering kamera. Dengan penutupnya
terbuka, tinggalkan kamera di bawah teduhan di lokasi yang mempunyai
pengudaraan yang baik untuk kering sepenuhnya. Menutup penutup semasa
penutup tersebut masih basah boleh menyebabkan pengkabutan lensa
semasa rakaman.
Suhu air yang digunakan untuk membersihkan kamera seharusnya tidak lebih dari
30°C. Jangan sekali-kali gunakan detergen, air panas, atau air yang mengalir
deras untuk membersihkan kamera. Berbuat demikian mengakibatkan risiko
kebocoran dan malfungsi.
Jangan sekali-kali ayun kamera untuk mengeluarkan air, dan jangan sekali-kali
gunakan alat pengering atau haba kuat yang lain untuk mengeringkannya.
Jangan sekali-kali letakkan kamera di dalam mesin basuh untuk
membersihkannya.
. Langkah berjaga-jaga selepas Penggunaan
Jangan tinggalkan kamera di kawasan yang terdedah kepada kepanasan
melampau (40°C atau lebih) atau kesejukan melampau (kurang daripada
5°C).
Berbuat demikian boleh mengakibatkan kehilangan ciri kalis simbah.
Jangan sekali-kali gunakan agen kimia bagi tujuan pembersihan, kalis karat, kalis
lembap, dsb. Berbuat demikian boleh menyebabkan kehilangan ciri kalis simbah.
Gunakan air tawar untuk membersihkan kamera dalam masa 60 minit selepas
menggunakannya di bawah permukaan air. Kegagalan berbuat demikian boleh
mengakibatkan kemerosotan kemasan luaran dan ciri-ciri kalis simbah.
Untuk mengekalkan ciri kalis simbah, penggantian gasket kamera disyorkan sekali
setahun. Ambil perhatian bahawa anda akan dikenakan caj untuk penggantian
gasket. Hubungi pusat perkhidmatan sah CASIO atau penjual asal anda untuk
penggantian gasket.
Vue de la page 125
1 2 ... 121 122 123 124 125 126 127 128 129 130 131 ... 162 163

Commentaires sur ces manuels

Pas de commentaire