Casio EX-Z88 Manuel d'utilisateur Page 20

  • Télécharger
  • Ajouter à mon manuel
  • Imprimer
  • Page
    / 139
  • Table des matières
  • MARQUE LIVRES
  • Noté. / 5. Basé sur avis des utilisateurs
Vue de la page 19
20
Asas Mula Pantas
Walaupun anda menghidupkan kamera, bateri akan terus mengecas jika terdapat
sambungan USB dengan komputer. Namun dalam kes ini, operasi lampu belakang
akan bertukar seperti diterangkan di bawah.
Operasi Lampu Belakang
Pengecasan tidak dilakukan semasa komputer yang disambungkan berada dalam
mod hibernasi.
Ralat pengecasan boleh berlaku sejurus selepas pengecasan bermula atau
beberapa ketika selepas pengecasan bermula. Ralat pengecasan ditunjukkan oleh
lampu belakang yang berkelip merah.
Peringatan Pengecasan Lain
Dengan dua kaedah pengecasan yang diterangkan di atas, anda boleh mengecas
bateri kamera (NP-80) tanpa mengeluarkannya daripada kamera. Anda juga boleh
mengecas bateri menggunakan unit pengecas pilihan yang ada (BC-80L). Jangan
gunakan sebarang jenis peranti pengecas lain. Percubaan untuk menggunakan
pengecas lain boleh menyebabkan kemalangan yang tak dijangka.
Bateri yang masih panas kerana penggunaan biasa mungkin tidak mengecas
sepenuhnya. Berikan bateri masa untuk sejuk sebelum mengecasnya.
Bateri menyahcas sedikit walaupun semasa ia tidak dimuat dalam kamera. Kerana
itu, adalah disarankan supaya anda mengecas bateri segera sebelum anda perlu
menggunakannya.
Mengecas bateri kamera mungkin menyebabkan gangguan dengan penerimaan
TV dan radio. Jika ini berlaku, pasang palam pengecas ke sumber kuasa yang
lebih jauh daripada TV atau radio.
Masa pengecasan sebenar bergantung pada kapasiti bateri semasa dan keadaan
pengecasan.
Jangan gunakan penyesuai USB-AC dengan mana-mana peranti lain.
Status Lampu Penerangan
Menyala/Berkelip
Ambar
Mengecas
Berkelip Merah
Suhu sekeliling tak normal, pengecasan mengambil
masa yang sangat lama atau masalah bateri
(halaman 120)
Menyala Hijau Pengecasan selesai
Vue de la page 19
1 2 ... 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 ... 138 139

Commentaires sur ces manuels

Pas de commentaire