Casio EX-100 Manuel d'utilisateur Page 182

  • Télécharger
  • Ajouter à mon manuel
  • Imprimer
  • Page
    / 232
  • Table des matières
  • MARQUE LIVRES
  • Noté. / 5. Basé sur avis des utilisateurs
Vue de la page 181
182
Menggunakan Kamera dengan Komputer
. Untuk menyambungkan kamera ke komputer anda dan menyimpan
fail
1. Matikan kamera dan kemudian
gunakan kabel USB mikro yang
disertakan bersama kamera
untuk menyambungnya ke
Macintosh anda.
Untuk butiran tentang
menyambungkan kamera dan
langkah berjaga-jaga apabila
menyambungkan, lihat halaman
26.
2. Tekan [ON/OFF] (Kuasa) untuk menghidupkan kamera.
Apabila anda menghidupkan kamera, semak untuk pastikan yang warna lampu
belakang kamera bertukar daripada merah kepada hijau atau ambar (halaman 27).
Sila ambil perhatian bahawa dalam kes ini, lensa kamera tidak akan menjulur dan
skrin monitor akan kekal kosong.
Dalam mod ini, Macintosh anda mengenali kad memori yang dimuat dalam kamera
(atau memori terbina dalam kamera jika ia tidak dimuatkan dengan kad memori)
sebagai pemacu. Rupa ikon pemacu bergantung pada versi OS Mac yang anda
gunakan.
Kali pertama anda menyambungkan kamera ke Macintosh anda menggunakan
kabel USB, mesej ralat mungkin muncul pada komputer anda. Jika ini berlaku,
tanggalkan dan kemudian sambungkan semula kabel USB itu.
3. Dwiklik ikon pemacu kamera.
4. Seret folder “DCIM” ke folder di mana anda mahu menyalinnya.
5. Setelah operasi salin selesai, seret ikon pemacu ke Trash.
6. Putuskan sambungan kamera daripada komputer.
Selepas mengesahkan lampu belakang tidak berkelip merah, cabut kabel USB.
USB
Port USB
Kabel USB Mikro
(disertakan bersama kamera)
Vue de la page 181
1 2 ... 177 178 179 180 181 182 183 184 185 186 187 ... 231 232

Commentaires sur ces manuels

Pas de commentaire