Casio XJ-L8300HN Manuel d'utilisateur Page 18

  • Télécharger
  • Ajouter à mon manuel
  • Imprimer
  • Page
    / 57
  • Table des matières
  • MARQUE LIVRES
  • Noté. / 5. Basé sur avis des utilisateurs
Vue de la page 17
18 Meletakkan projektor anda
Meletakkan projektor anda
Memilih lokasi
Sebelum memilih lokasi pemasangan projektor anda, pertimbangkan faktor berikut:
• Saiz dan kedudukan skrin anda
• Lokasi soket elektrik
• Lokasi dan jarak antara projektor dan peralatan anda yang lain
Anda boleh memasang projektor anda dengan cara berikut.
Selepas projektor dihidupkan, pergi ke PEMASANGAN > Mod Projektor dan tekan / untuk
memilih tetapan.
Mendapatkan saiz imej unjuran yang diperlukan
Jarak antara lensa projektor dan skrin, tetapan zum dan format video, adalah faktor dalam
penentuan saiz imej yang diunjurkan. Untuk mengalihkan lensa, pusing tombol pada projektor
untuk mengalihkan lensa unjuran pada mana-mana arah dalam julat yang dibolehkan
bergantung pada kedudukan imej yang diingini.
1. Hadapan
Pilih lokasi ini dengan projektor diletakkan di
atas meja di hadapan skrin. Inilah cara paling
biasa untuk meletakkan projektor bagi
penyediaan yang cepat dan kemudahalihan.
3. Siling Belakang
Pilih lokasi ini dengan projektor digantung
terbalik dari siling di belakang skrin. Ambil
perhatian bahawa skrin unjuran belakang
khusus dan kit lekap siling untuk projektor
diperlukan bagi lokasi pemasangan ini.
2. Siling Depan
Pilih lokasi ini dengan projektor digantung
terbalik dari siling di hadapan skrin. Beli kit
lekap siling untuk projektor daripada peniaga
anda untuk melekapkan projektor pada siling.
4. Belakang
Pilih lokasi ini dengan projektor diletakkan di
atas meja di belakang skrin. Ambil perhatian
bahawa skrin unjuran belakang khusus
diperlukan.
Vue de la page 17
1 2 ... 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 ... 56 57

Commentaires sur ces manuels

Pas de commentaire