Casio XJ-L8300HN Manuel d'utilisateur Page 6

  • Télécharger
  • Ajouter à mon manuel
  • Imprimer
  • Page
    / 57
  • Table des matières
  • MARQUE LIVRES
  • Noté. / 5. Basé sur avis des utilisateurs
Vue de la page 5
6 Arahan keselamatan penting
Apabila anda keluar, pastikan kedudukan projektor jauh daripada haiwan kesayangan
atau haiwan lain dan cabutkan palam kuasa daripada salur keluar kuasa. Kord kuasa
yang rosak akibat digigit boleh menyebabkan pintasan dan akan mewujudkan risiko
kebakaran.
• Air dan bahan asing
Jangan sekali-kali membiarkan air terkena pada projektor. Air akan mewujudkan risiko
kebakaran dan kejutan elektrik.
Jangan sekali-kali meletak pasu atau bekas lain yang berisi air di atas projektor. Air
akan mewujudkan risiko kebakaran dan kejutan elektrik.
Air atau cecair lain, atau bahan asing (logam dsb.) yang masuk ke dalam projektor
akan mewujudkan risiko kebakaran dan kejutan elektrik. Sekiranya sebarang benda
termasuk ke dalam projektor, laksanakan langkah berikut dengan segera.
1. Matikan projektor.
2. Cabut palam projektor.
3. Hubungi peniaga asal anda atau pusat perkhidmatan CASIO yang sah.
• Penceraian dan pengubahsuaian
Jangan sekali-kali cuba untuk menanggalkan atau mengubahsuai projektor dalam apa
cara sekalipun. Projektor mengandungi sebilangan besar komponen bervoltan tinggi
yang boleh mewujudkan risiko kejutan elektrik dan kecederaan akibat terbakar. Juga,
ambil perhatian bahawa masalah yang disebabkan penceraian atau pengubahsuaian
projektor tanpa kebenaran tidak dilindungi oleh waranti dan tidak layak untuk dibaiki
oleh CASIO.
Pastikan anda menyerahkan semua pemeriksaan dalaman, pelarasan dan pembaikan
kepada peniaga asal anda atau pusat perkhidmatan CASIO yang sah.
• Jatuhan dan kesan
Penggunaan projektor yang berterusan setelah ia rosak akibat terjatuh atau
diperlakukan dengan cara yang tidak betul akan mewujudkan risiko kebakaran dan
kejutan elektrik. Laksanakan langkah berikut dengan segera.
1. Matikan projektor.
2. Cabut palam projektor.
3. Hubungi peniaga asal anda atau pusat perkhidmatan CASIO yang sah.
• Pelupusan dengan pembakaran
Jangan sekali-kali cuba untuk melupuskan projektor dengan membakarnya. Tindakan
tersebut boleh mengakibatkan letupan, yang akan mewujudkan risiko kebakaran dan
kecederaan diri.
• Pemancaran cahaya projektor
• Jangan sekali-kali melihat terus ke dalam lensa, bolong masuk atau bolong ekzos
semasa cahaya dihidupkan. Apabila menghidupkan projektor, periksa untuk
memastikan tiada sesiapa yang sedang melihat terus ke dalam lensa, bolong masuk
atau bolong ekzos. Cahaya kuat yang dipancarkan oleh projektor akan mewujudkan
risiko kerosakan mata.
Vue de la page 5
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 ... 56 57

Commentaires sur ces manuels

Pas de commentaire