
74
Merakam Filem
7. Tekan [0] (Filem) semula untuk memberhentikan rakaman.
• Setiap filem boleh mencecah 29 minit. Rakaman filem berhenti secara
automatik selepas rakaman selama 29 minit. Rakaman filem juga akan
berhenti secara automatik jika memori penuh sebelum anda memberhentikan
rakaman filem dengan menekan [0] (Filem) sekali lagi.
• Filem dirakam dalam format MOV (halaman 170). Kamera tidak menyokong
penukaran kepada format filem berbeza.
Merakam Filem dengan PRO Auto Premium
Apabila PRO Auto Premium didayakan (halaman 33),
kamera secara automatik membuat pertimbangan
mengenai subjek, keadaan rakaman, dan parameter
lain. Hasilnya ialah imej berkualiti lebih tinggi
berbanding imej yang dihasilkan rakaman Auto Program. Persekitaran rakaman yang
dikesan oleh kamera dipaparkan di bahagian bawah mod skrin RKM.
• PRO Auto Premium didayakan untuk filem FHD dan filem STD sahaja.
• Menggunakan PRO Auto Premium menyebabkan cas bateri habis lebih cepat
berbanding menggunakan rakaman Auto Program.
Merakam dengan BEST SHOT
Dengan BEST SHOT (halaman 86), anda boleh memilih sampel pemandangan yang
sepadan dengan jenis filem yang anda cuba rakam dan kamera akan menukar
tetapannya dengan sewajarnya untuk menghasilkan filem yang indah setiap kali.
Meminimumkan Kesan Pergerakan Kamera semasa Rakaman Filem
Anda boleh menggunakan Antigoncang (halaman 110) bagi mengkonfigurasikan
kamera untuk meminimumkan kesan pergerakan kamera semasa rakaman filem
FHD dan STD. Perhatian, Antigoncang tidak boleh digunakan dengan Filem Seni
HDR dan Antigoncang tidak menghalang imej kabur yang disebabkan oleh
pergerakan subjek.
Commentaires sur ces manuels