Casio EX-ZS12 Manuel d'utilisateur Page 114

  • Télécharger
  • Ajouter à mon manuel
  • Imprimer
  • Page
    / 136
  • Table des matières
  • MARQUE LIVRES
  • Noté. / 5. Basé sur avis des utilisateurs
Vue de la page 113
114
Lampiran
. Peringatan Ralat Data
Kamera digital anda dihasilkan menggunakan komponen digital kepersisan. Mana-
mana yang berikut mewujudkan risiko kerosakan data dalam memori kamera.
Mengeluarkan bateri atau kad memori semasa kamera sedang melakukan sesuatu
operasi
Mengeluarkan bateri atau kad memori semasa lampu belakang berkelip hijau
selepas mematikan kamera
Menanggalkan kabel USB semasa komunikasi sedang berjalan
Menangkap gambar dengan bateri yang cepat menjadi lemah selepas ia dicaj
* Menangkap gambar dengan bateri yang cepat menjadi lemah selepas ia dicaj boleh
juga menyebabkan kerosakan kamera. Segera tukar bateri dengan yang baharu.
Operasi tidak normal lain
Mana-mana keadaan di atas boleh menyebabkan mesej ralat muncul pada skrin
monitor (halaman 128). Lakukan tindakan yang dinyatakan oleh mesej yang muncul.
. Persekitaran Pengendalian
Keperluan Suhu Pengendalian: 0 hingga 40°C
Kelembapan Pengendalian: 10 hingga 85% (bukan pemeluwapan)
Jangan letakkan kamera di mana-mana lokasi berikut.
Di kawasan yang terdedah pada cahaya matahari, atau kelembapan, debu atau
pasir yang banyak
Berdekatan penyaman udara atau di kawasan lain yang terdedah pada suhu
atau kelembapan yang melampau
Dalam kenderaan bermotor pada hari panas atau di kawasan yang mengalami
getaran yang kuat
. Pemeluwapan
Perubahan suhu mendadak dan melampau, contohnya apabila kamera dialih dari
kawasan luar pada hari musim sejuk ke dalam bilik yang panas, boleh menyebabkan
titisan air dipanggil “pemeluwapan” terbentuk di bahagian dalam dan luar kamera,
yang mewujudkan risiko kerosakan. Untuk mengelakkan pemeluwapan daripada
terbentuk, bungkus kamera di dalam beg plastik sebelum bertukar lokasi. Kemudian,
biarkan beg tertutup untuk membenarkan udara di dalam bertukar secara semula jadi
ke suhu yang sama seperti udara di lokasi baru. Selepas itu, keluarkan kamera
daripada beg dan buka penutup bateri untuk beberapa jam.
. Kanta
Jangan kenakan tekanan yang kuat semasa membersihkan permukaan kanta.
Perbuatan itu boleh mencalarkan permukaan kanta dan menyebabkan kerosakan.
Kadang kala anda mungkin terlihat beberapa herotan pada jenis imej tertentu,
seperti bengkok sedikit di garisan yang sepatutnya lurus. Ini adalah kerana sifat
kanta tersebut dan tidak bermakna kamera telah rosak.
Vue de la page 113
1 2 ... 109 110 111 112 113 114 115 116 117 118 119 ... 135 136

Commentaires sur ces manuels

Pas de commentaire