
17
Asas Mula Pantas
. Untuk mengecas menggunakan sambungan USB pada komputer
Bateri yang dimuatkan di dalam kamera dicas setiap kali kamera disambungkan terus
ke komputer menggunakan kabel USB.
• Bergantung pada persediaan komputer anda, anda mungkin tidak boleh mengecas
bateri kamera melalui sambungan USB. Jika ini berlaku, penggunaan penyesuai
USB-AC yang disertakan bersama kamera adalah disarankan.
1. Matikan kamera.
Periksa untuk memastikan skrin monitor kamera kosong.
Jika tidak, tekan [ON/OFF] (Kuasa) untuk mematikan
kamera.
2. Sambungkan kamera ke
komputer yang telah
dihidupkan.
Lampu belakang sepatutnya
berwarna merah,
menunjukkan pengecasan
bermula.
Lampu belakang akan mati
apabila pengecasan
selesai.
Ia mengambil masa kira-kira
130 minit untuk dicas
sepenuhnya. Pengecasan
mungkin mengambil masa
yang lebih lama bergantung
pada keadaan pengecasan.
• Kali pertama anda menyambungkan kamera ke komputer menggunakan kabel
USB, mesej ralat mungkin muncul pada komputer anda. Jika ini berlaku,
tanggalkan dan kemudian sambungkan semula kabel USB itu.
[ON/OFF] (Kuasa)
Port USB
Kabel USB
(disertakan bersama kamera)
Port
[USB/AV]
Penyambung besar
Penyambung
kecil
Dengan memastikan bahawa tanda pada
penyambung kabel USB mengadap ke sisi kanta,
sambungkan kabel pada kamera.
Commentaires sur ces manuels