Casio EX-FR10 Manuel d'utilisateur Page 95

  • Télécharger
  • Ajouter à mon manuel
  • Imprimer
  • Page
    / 120
  • Table des matières
  • MARQUE LIVRES
  • Noté. / 5. Basé sur avis des utilisateurs
Vue de la page 94
95
Lampiran
. Pemeluwapan
Perubahan suhu mendadak dan melampau, contohnya apabila kamera dialih dari
kawasan luar pada hari musim sejuk ke dalam bilik yang panas, boleh menyebabkan
titisan air dipanggil “pemeluwapan” terbentuk di bahagian dalam dan luar kamera,
yang mewujudkan risiko kerosakan. Untuk mengelakkan pemeluwapan daripada
terbentuk, bungkus kamera di dalam beg plastik sebelum bertukar lokasi. Kemudian,
biarkan beg tertutup untuk membenarkan udara di dalam bertukar secara semula jadi
ke suhu yang sama seperti udara di lokasi baru. Selepas itu, keluarkan kamera
daripada beg untuk beberapa jam.
. Kanta
Jangan kenakan tekanan yang kuat semasa membersihkan permukaan kanta.
Perbuatan itu boleh mencalarkan permukaan kanta dan menyebabkan kerosakan.
Kadang kala anda mungkin terlihat beberapa herotan pada jenis imej tertentu,
seperti bengkok sedikit di garisan yang sepatutnya lurus. Ini adalah kerana sifat
kanta tersebut dan tidak bermakna kamera telah rosak.
. Menjaga kamera anda
Jangan sekali-kali menyentuh kanta menggunakan jari. Kesan jari, kotoran dan
benda asing lain pada kanta boleh mengganggu pengendalian kamera yang betul.
Gunakan penghembus atau cara lain untuk memastikan kanta dan tetingkap
denyar bebas daripada kotoran dan debu, dan lap dengan perlahan menggunakan
kain lembut yang kering.
Untuk membersihkan kamera, lap kamera dengan kain lembut yang kering.
. Menutup penutup [CARD] atau penutup [USB] kamera
Apabila menutup penutup, tekan dengan ibu jari anda di
sebelah kiri dan kanan, dengan tekanan yang sama.
Menekan pada salah satu ujung dengan satu tangan saja
dapat membuat penutup tidak menutup sepenuhnya dan
membuat ujung lainnya berada di luar posisi.
penutup [CARD] atau
penutup [USB]
Vue de la page 94
1 2 ... 90 91 92 93 94 95 96 97 98 99 100 ... 119 120

Commentaires sur ces manuels

Pas de commentaire