Casio QV-R200 Manuel d'utilisateur Page 15

  • Télécharger
  • Ajouter à mon manuel
  • Imprimer
  • Page
    / 89
  • Table des matières
  • MARQUE LIVRES
  • Noté. / 5. Basé sur avis des utilisateurs
Vue de la page 14
15
Bermula
Operasi penunjuk LED
3. Selepas pengecasan selesai, tanggalkan kabel USB daripada kamera dan
seterusnya daripada komputer.
Pengecasan tidak dapat dilakukan jika komputer berada dalam keadaan rehat atau
tunggu sedia.
Ralat pengecasan boleh berlaku sejurus selepas pengecasan bermula atau
beberapa ketika selepas pengecasan bermula. Ralat pengecasan ditunjukkan oleh
penunjuk LED berkelip hijau pada kelajuan yang pantas.
Meninggalkan kamera selama kira-kira 48 jam tanpa kuasa dibekalkan ketika
bateri sudah mati akan menyebabkan tetapan tarikh dan masanya dipadamkan.
Mesej yang memberitahu anda untuk mengkonfigurasi tetapan masa dan tarikh
akan muncul apabila anda menghidupkan kamera selepas memulihkan kuasa.
Apabila ini berlaku, konfigurasikan tetapan tarikh dan masa (halaman 63).
Peringatan Pengecasan Lain
Dengan dua kaedah pengecasan yang diterangkan di atas, anda boleh mengecas
bateri kamera (NP-80) tanpa mengeluarkannya daripada kamera. Jangan gunakan
sebarang jenis peranti pengecas lain. Percubaan untuk menggunakan pengecas
lain boleh menyebabkan kemalangan yang tak dijangka.
Peranti bekalan kuasa dan peranti pengecasan USB tertakluk pada standard yang
ditetapkan. Penggunaan peranti kurang bermutu atau peranti yang tidak
memenuhi standard boleh menyebabkan kerosakan dan/atau kegagalan kamera
anda.
Operasi tidak dijamin sekiranya anda menggunakan komputer yang dibina atau
diubah suai sendiri. Walaupun anda menggunakan komputer yang tersedia secara
komersial, spesifikasi port USB tertentu mungkin memustahilkan pengecasan
menggunakan kabel USB.
Bateri yang masih panas kerana penggunaan biasa mungkin tidak mengecas
sepenuhnya. Berikan bateri masa untuk sejuk sebelum mengecasnya.
Bateri menyahcas sedikit walaupun semasa ia tidak dimuat dalam kamera. Kerana
itu, anda disarankan supaya mengecas bateri segera sebelum anda perlu
menggunakannya.
Mengecas bateri kamera mungkin menyebabkan gangguan dengan penerimaan
TV dan radio. Jika ini berlaku, pasang palam pengecas ke sumber kuasa yang
lebih jauh dari TV atau radio.
Masa pengecasan sebenar bergantung pada kapasiti bateri semasa dan keadaan
pengecasan.
Jangan gunakan penyesuai USB-AC dengan mana-mana peranti lain.
Status Penunjuk Penerangan
Berkelip hijau Mengecas
Berkelip hijau, pantas
Masalah pengecasan
(halaman 77)
Mati Pengecasan selesai
Penunjuk LED
Vue de la page 14
1 2 ... 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 ... 88 89

Commentaires sur ces manuels

Pas de commentaire