Casio QV-R200 Manuel d'utilisateur Page 72

  • Télécharger
  • Ajouter à mon manuel
  • Imprimer
  • Page
    / 89
  • Table des matières
  • MARQUE LIVRES
  • Noté. / 5. Basé sur avis des utilisateurs
Vue de la page 71
72
Lampiran
. Lokasi Yang Perlu Dielakkan
Jangan tinggalkan kamera di mana-mana jenis lokasi berikut. Perbuatan itu
mewujudkan risiko kebakaran dan kejutan elektrik.
Kawasan yang mengalami kelembapan atau debu yang tinggi
Kawasan penyediaan makanan atau lokasi lain yang ada asap minyak
Berdekatan pemanas, atas permaidani yang dipanaskan, di kawasan terdedah
pada cahaya matahari, dalam kenderaan tertutup yang diletakkan di bawah
matahari atau kawasan lain yang terdedah pada suhu yang sangat tinggi
Jangan letakkan kamera di permukaan yang tak stabil, di atas rak yang tinggi dsb.
Perbuatan itu boleh menyebabkan kamera terjatuh, mewujudkan risiko
kecederaan diri.
. Membuat Salinan Data Penting
Sentiasa menyimpan salinan data penting dalam memori kamera dengan
memindahkannya ke komputer atau peranti simpanan lain. Ingat bahawa data
boleh terpadam jika kamera rosak, dibaiki dsb.
. Perlindungan Memori
Apabila mengganti bateri, pastikan prosedur yang betul diikuti seperti yang
diterangkan dalam dokumen yang disertakan bersama kamera. Salah
menggantikan bateri boleh menyebabkan kerosakan atau kehilangan data dalam
memori kamera.
. Bateri Boleh Cas Semula
Hanya gunakan penyesuai USB-AC (AD-C53U) atau peranti yang ditetapkan untuk
mengecas bateri. Cubaan mengecas bateri dengan cara yang tidak dibenarkan
mewujudkan risiko pemanasan lampau bateri, kebakaran dan letupan.
Jangan mendedah atau merendam bateri dalam air tawar atau air masin.
Perbuatan itu boleh merosakkan bateri dan menyebabkan prestasinya merosot
dan pengurangan hayat perkhidmatan.
Bateri ini dibuat untuk kegunaan bersama Kamera digital CASIO sahaja.
Penggunaan dengan peranti lain mewujudkan risiko kerosakan bateri atau
kemerosotan prestasi bateri dan pengurangan hayat perkhidmatan.
Kegagalan mematuhi peringatan berikut mewujudkan risiko pemanasan lampau
bateri, kebakaran dan letupan.
Jangan menggunakan atau meninggalkan bateri berdekatan api terbuka.
Jangan mendedahkan bateri pada haba atau api.
Jangan bawa atau simpan bateri bersama item yang boleh mengalirkan elektrik
(rantai, grafit pensel dsb.).
Jangan menceraikan bateri, mencucuknya dengan jarum atau mendedahkannya
pada hentaman yang kuat (memukulnya dengan tukul, memijaknya dsb.) dan
jangan mengenakan pateri padanya. Jangan meletakkan bateri dalam ketuhar
gelombang mikro, peranti yang menjana tekanan tinggi dsb.
Vue de la page 71
1 2 ... 67 68 69 70 71 72 73 74 75 76 77 ... 88 89

Commentaires sur ces manuels

Pas de commentaire