Casio QV-R200 Manuel d'utilisateur Page 77

  • Télécharger
  • Ajouter à mon manuel
  • Imprimer
  • Page
    / 89
  • Table des matières
  • MARQUE LIVRES
  • Noté. / 5. Basé sur avis des utilisateurs
Vue de la page 76
77
Lampiran
. Jika penunjuk LED kamera mula berkelip hijau pada kelajuan yang
pantas...
Suhu sekeliling atau suhu bateri mungkin terlalu tinggi atau terlalu rendah.
Tanggalkan kabel USB dan tunggu sehingga suhu berada dalam julat pengecasan
yang dibolehkan sebelum mencuba semula.
Titik sentuh bateri mungkin kotor. Lapkannya dengan kain kering.
Cuba sambungkan ke port USB komputer lain. Bergantung pada persediaan
komputer anda, anda mungkin tidak boleh mengecas bateri kamera melalui
sambungan USB.
. Peringatan semasa Penggunaan
Pengendalian yang diberikan oleh bateri dalam keadaan sejuk selalunya adalah
kurang daripada pengendalian pada suhu biasa. Ini adalah kerana sifat bateri itu
sendiri, bukannya kamera.
Cas bateri di kawasan yang bersuhu dalam julat 10°C hingga 35°C. Di luar julat
suhu ini pengecasan boleh mengambil masa yang lama dari biasa ataupun gagal.
Jangan mengoyak atau menanggalkan label di luar bateri.
Jika bateri hanya memberikan pengendalian yang terhad selepas dicas penuh, ini
mungkin bermakna bateri itu telah mencapai hujung hayat perkhidmatannya. Tukar
bateri dengan yang baru.
. Peringatan Simpanan
Menyimpan bateri untuk masa yang lama semasa ia dicas boleh menyebabkan
kemerosotan sifat bateri. Jika anda tidak bercadang menggunakan bateri untuk
jangka masa tertentu, gunakan bateri sepenuhnya sebelum menyimpannya.
Sentiasa mengeluarkan bateri daripada kamera apabila anda tidak
menggunakannya. Bateri yang ditinggalkan dalam kamera boleh menyahcas dan
mati, dan akan memerlukan masa yang lama untuk dicas bila anda perlu
menggunakan kamera.
Simpan bateri di tempat sejuk lagi kering (20°C atau lebih rendah).
Untuk menggelakkan nyahcas berlebihan bateri yang tidak digunakan, cas bateri
sepenuhnya dan kemudian masukkannya dalam kamera, dan gunakan bateri
sepenuhnya kira-kira sekali setiap enam bulan.
Peringatan Pengecasan
Jika masalah masih berterusan setelah anda melakukan langkah di atas, ini
mungkin bermakna bateri rosak. Hubungi pusat perkhidmatan sah CASIO terdekat
anda.
Peringatan Bateri
Vue de la page 76
1 2 ... 72 73 74 75 76 77 78 79 80 81 82 ... 88 89

Commentaires sur ces manuels

Pas de commentaire