Casio QV-R200 Manuel d'utilisateur Page 75

  • Télécharger
  • Ajouter à mon manuel
  • Imprimer
  • Page
    / 89
  • Table des matières
  • MARQUE LIVRES
  • Noté. / 5. Basé sur avis des utilisateurs
Vue de la page 74
75
Lampiran
. Menjaga kamera anda
Jangan menyentuh kanta atau tetingkap denyar dengan jari anda. Kesan jari,
kotoran dan benda asing lain pada kanta atau tetingkap denyar boleh menganggu
pengendalian kamera yang betul. Gunakan penghembus atau cara lain untuk
memastikan kanta dan tetingkap denyar bebas daripada kotoran dan debu, dan lap
dengan perlahan menggunakan kain lembut yang kering.
Untuk membersihkan kamera, lap kamera dengan kain lembut yang kering.
. Peringatan Pengendalian Bateri Boleh Cas Semula Lama
Tebat terminal positif dan negatif dengan pita dsb.
Jangan tanggalkan pembalut bateri.
Jangan ceraikan bateri.
. Peringatan Pengendalian penyesuai USB-AC
Penyesuai USB-AC menjadi sedikit panas semasa pengecasan. Ini perkara biasa
dan tidak bermakna kerosakan.
Cabut kord kuasa daripada punca kuasa sekiranya anda tidak menggunakan
penyesuai USB-AC.
Jangan guna serbuk pencuci untuk mencuci kord kuasa (terutama palamnya).
Jangan tutup penyesuai USB-AC dengan selimut dsb. Perbuatan itu mewujudkan
risiko kebakaran.
-
0 Jangan pasang kord kuasa pada punca kuasa dengan penarafan voltan yang
berbeza daripada yang ditandakan pada kord kuasa. Perbuatan itu mewujudkan
risiko kebakaran, kerosakan dan kejutan elektrik.
0 Sentiasa lindungi kord kuasa daripada kerosakan dan terputus. Jangan letak
objek berat di atas kord kuasa atau dedahkannya pada panas melampau.
Perbuatan itu boleh merosakkan kord kuasa, mewujudkan risiko kebakaran dan
kejutan elektrik.
0 Jangan cuba mengubah suai kord kuasa atau membengkok, memutar atau
menariknya dengan kasar. Perbuatan itu mewujudkan risiko kebakaran,
kerosakan dan kejutan elektrik.
0 Jangan memasang atau menarik kord kuasa semasa tangan anda basah.
Perbuatan itu mewujudkan risiko kejutan elektrik.
0 Jangan pasang kord kuasa pada punca kuasa atau kord sambungan yang
dikongsi dengan peranti lain. Perbuatan itu mewujudkan risiko kebakaran,
kerosakan dan kejutan elektrik.
0 Jika kord kuasa rosak (hinggakan wayar di dalamnya terkeluar atau terpotong),
segera hubungi peruncit asal anda atau pusat perkhidmatan sah CASIO untuk
meminta ia dibaiki. Penggunaan berterusan kord kuasa yang rosak
mewujudkan risiko kebakaran, kerosakan dan kejutan elektrik.
Vue de la page 74
1 2 ... 70 71 72 73 74 75 76 77 78 79 80 ... 88 89

Commentaires sur ces manuels

Pas de commentaire